Salam semua...
Saja hendak cerita sesuatu yang berlaku sudah lama (almaklumlah sudah lama sangat tidak meng'update'). Ketika bulan puasa yang lalu, di pagi Jumaat 2 hb Ogos 2013 (beberapa hari lagi bakal menyambut Syawal) .... sehari sebelumnya anak, Razy, mengadu rasa tidak sedap badan. Rasa di dahinya tidak berapa panas so buat tak tahu sajalah. Malam itu pun saya tengok dia aktif seperti biasa, badan panas sikit-sikit sahaja, saya tidak bagi dia ubat sebab pada anggapan saya biasa sahaja.
Ketika saya dan suami bersahur, Razy bangun minta minum air suam. Selepas suami solat Subuh dia tidur semula, dia letakkan tangannya di atas dahi Razy, tidak panas pun. Saya baru sahaja selesai melipat telekung, tiba-tiba....
"Yang!!! Cepat!! Razy ni." Saya cepat-cepat keluar dari bilik, mencampak sahaja sejadah.
Suami sudah pun mengendong Razy yang sudah kebiruan bibirnya. Tangannya sudah kekejangan.
"Ayang!! Mandikan dia." Saya panik. Saya yang memberi arahan kepada suami dan saya terus mencurahkan air dari paip menggunakan getah terus ke kepalanya.Sambi itu mulut saya berselawat dan bermacam ayat suci Al-quran keluar dari mulut.
Suami menggoncangkan tubuh Razy. Hati terus berdegup kencang.
"Razy...razy...razy ok tak?" Suara suami kedengaran risau. Jantung saya masih lagi berdegup laju.
"Yang, dia nampak ok dah." Suami berkata sambil terus mendukungnya keluar dari bilik air. Razy sudah pun membuka mata tetapi masih membisu.
"Kita terus pergi hospital sahajalah...." Saya terus mencapai tudung dan menukar baju, mencapai sahaja baju Razy dan baju adiknya, Choki. Choki saya angkat dari katil yang sedang lena tidur.
Segalanya kami lakukan dengan pantas. Menunggu lif pun terasa begitu lambat. Saya duduk di belakang kereta sambil memeluk Razy, suami terus memandu ke KPJ di seksyen 20, mujurlah jaraknya tidak jauh, dalam sepuluh minit perjalanan. sampai sahaja di hospital suami terus menuju ke bahagian emergency sambil mendukung Razy yang hanya berselimut dengan tuala sahaja.
******************************************************
Gambar Razy di bilik kecemasan selepas diperiksa oleh jururawat. Sedang menunggu doktor bertugas.
Setelah 10 minit doktor pun datang dan memeriksa Razy.
"Dia ok, demamnya pun biasa sahaja. Suhu 36 C... terpulang nak warded atau sebaliknya."
Serba-salah nak duduk di wad atau tidak, suami kata dia ambil cuti half-day, jika di rumah saya seorang sahaja, dibuatnya anak kena sawan lagi...apa perlu saya buat??
Duduk di wad... kami kata pada nurse bertugas.
Ini gambar selepas Razy di beri ubat demam dan antibiotik. Dia baru bangun tidur, lapar sangat....Razy kata sedap makanan di sini ... sabar ajelah.
Razy asyk tidur sahaja... dan setiap kali dia bangun tidur merengek hendak keluar dari hospital.
Akhirnya petang itu kami pun discaj.... dan bayarannya? Lagi RM 4 hendak mencecah RM 1 k ...hahha... habislah budget untuk raya!!!
Dan saya kongsikan bersama-sama blog Dr Azwan berkaitan sawan mudah2an memberi manafaat, insyallah. Terima kasih doktor.
SAWAN DEMAM DAN PERAWATANNYA
Assalamualaikum...
Apabila anak anda mengidap demam melebihi 39 darjah celcius anda tentu risau sekiranya mereka boleh terkena sawan demam atau febrile fits. Apatah lagi sekiranya anak mengalami kekejangan di hadapan mata, ramai yang tidak tahu berbuat apa-apa, menjadi panik ataupun hanya menangis. Lebih teruk lagi sekiranya ada pulak yang pengsan. Mungkin artikel ini sedikit sebanyak boleh membantu anda untuk menghadapi situasi ini.
Rujukan saya adalah daripada Malaysia Clinical Practice Guidelines yang disusun oleh Pakar Paediatrik Malaysia diketuai oleh Dr. Hussein Imam - Ketua Institut Paediatrik HKL.
Apa itu Sawan Demam atau Febrile Fits?
Secara definisinya ialah sawan yang belaku akibat demam. Ia boleh terjadi kepada kanak-kanak di dalam lingkungan usia 3 bulan sehingga 6 tahun. Diagnosis sawan demam diberi sekiranya tiada bukti bahawa terdapat masalah di dalam otak ataupun masalah metabolik di dalam darah yang boleh menyebabkan masalah sawan berlaku.
Secara mudah, ini bermakna, sawan demam didiagnos apabila masalah-masalah di dalam otak seperti jangkitan atau masalah di darah seperti kekurangan garam tertentu telah diambil kira.
Sekiranya sawan berlaku sebelum umur 3 bulan atau berlanjutan selepas 6 tahun, maka ia bukan dikira sawan demam. (Semasa saya medical student dulu, kami di ajar sawan demam berlaku di antara 6 bulan - 6 tahun - lebih mudah hendak dihafal)
Apabila demam menjadi terlalu tinggi, ini akan mengganggu aktiviti otak dan menyebabkan sawan berlaku. Sawan bermaksud keadaan di mana kanak-kanak itu akan tidak sedarkan diri, mengalami kekejangan badan dan kaki, mata hitam akan memandang ke atas (uprolling of eyeballs) , air liur meleleh (drooling of saliva), dan pada tahap tertentu boleh termuntah, terkencing atau terbuang air besar.
Jenis Sawan Demam
Terdapat dua jenis sawan demam. Saya terjemahkan sebagai Sawan Demam Biasa (Simple Febrile Fits) dan Sawan Demam Kompleks (Complex Febrile Fits).
Sawan demam biasa adalah singkat, hanya satu episod sawan sahaja setiap kali demam dan terjadi kurang daripada 15 minit. Manakala Sawan Demam kompleks adalah berpanjangan, lebih daripada 15 minit dan terjadi berulang-ulang di dalam satu episod demam.
Adakah Sawan Demam Boleh Berulang-Ulang ?
Ya, sawan demam boleh terjadi berulang-ulang. Untuk anak anda yang baru pertama kali terkena sawan demam atau sering terkena sawan tetapi tidak pernah diperiksa adalah lebih baik sekiranya anak anda di bawa ke Hospital kerana beberapa pemeriksaan dan pemerhatian perlu dilakukan.
Risiko sawan yang berulang-ulang boleh berlaku sekiranya :-
1. Sawan pada umur di bawah 15 bulan
2. Saudara terdekat spt adik beradik, ibu atau ayah yang mempunyai penyakit epilepsi
3. Saudara terdekat spt adik beradik, ibu atau ayah yang pernah kena sawan demam dahulu
4. Terkena sawan demam dengan suhu di bawah 40 darjah celcius
5. Jarak masa demam dan terkena sawan demam adalah singkat
Ini semua adalah faktor risiko dan mereka yang mempunyai satu atau dua faktor risiko di atas akan kemungkinan mengalami 10% (1 di dalam 10) kes sawan yang berulang. Tetapi, satu kajian menunjukkan sekiranya semua risiko di atas ada, maka risiko sawan berulang adalah 100%.
Adakah Sawan Demam boleh Menyebabkan Epilepsi?
Epilepsi adalah sawan yang tidak mempunyai sebab yang jelas. Ia adalah impuls elektrik yang tidak menentu dikeluarkan oleh sel otak yang mengalami masalah mungkin sejak lahir atau di sebabkan kecacatan contohnya selepas kemalangan jalan raya atau trauma.
Tidak ada persetujuan umum oleh pakar tentang samada boleh atau tidak sawan demam akhirnya menjadi epilepsi. Apa yang boleh dikatakan ialah terdapat kajian yang menunjukkan bahawa 2% - 7% pesakit yang mengalami sawan demam akhirnya mendapat sawan akibat epilepsi. Dan 10% - 15% pesakit yang menghidap epilepsi pernah terkena sawan demam semasa hidup mereka.
Tetapi kajian lebih menujukkan mereka yang mempunyai sawan demam berkecenderungan mengalami epilepsi adalah mereka yang sering terkena sawan demam kompleks, sawan yang lebih daripada 3 kali di samping sejarah keluarga terdekat yang menghidap epilepsi.
Apakah Masalah Yang Akan Berlaku Kepada Anak Yang Demam Sawan?
Mengikut 2 kajian, mereka yang terkena demam sawan tidak akan mengalami masalah apa-apa dan akan membesar seperti kanak-kanak normal. Di dalam satu kajian di antara sawan demam biasa dan sawan demam kompleks, mereka yang mengalami sawan demam biasa dan sawan demam kompleks juga tidak menunjukkan apa-apa perbezaan di dalam pembelajaran.
Malah, ada satu kajian yang menyatakan mereka yang mengalami kes demam sawan mempunyai akademik yang lebih cemerlang daripada kanak-kanak yang normal !!
Huuhh!.. Ayat kontroversi nih... nanti ramai pulak mak ayah kat Malaysia yang nak anak mereka sawan demam...
Adakah Anak Anda Perlu Masuk ke Wad?
Mengapa anak anda harus ke Hospital? Ini adalah kerana supaya doktor dapat memeriksa dan memastikan bahawa anak anda tidak menghidap MENINGITIS atau jangkitan selaput otak.
Ini adalah kerana 17% kes demam sawan adalah positif untuk MENINGITIS dan perlu diingatkan MENINGITIS boleh membawa maut dan menyebabkan kecacatan kekal otak, tubuh dan lumpuh.
Pada kebiasaannya, kanak-kanak yang terkena sawan demam akan bangun dari sawan dan bermain seperti biasa, berlari dan tidak menunjukkan tanda-tanda seperti lesu atau lemah. Mereka tidak perlu bermalam ke dalam wad. Cukup sekadar pemerhatian di wad pemerhatian selama 6 jam sahaja.
Sedangkan MENINGITIS, anak anda akan demam berpanjangan, lemah, muntah, menangis tak henti-henti dan di dalam kesakitan. Di dalam kes ini pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan dan anak anda akan ditahan di wad.
Apa Yang Perlu Anda Lakukan Ketika Anak Anda Mengalami Sawan Demam?
Sebelum Sawan
1. Ibu bapa boleh mengawal sawan demam dengan mengawal demam mereka. Ini adalah berkesan dengan cara mengelap anak yang demam dengan tuala yang basah daripada air paip atau air yang suam sedikit (jangan gunakan ais kerana ia boleh menyebab hypothermia).
2. Beri anak minum ubat seperti sirap paracetamol atau sirap neurofen (brufen)
3. Boleh beri satu suppository voren 12.5mg (anak kecil) atau 25 mg (3 tahun ke atas) ke dalam punggung untuk mengurangkan demam (ambil salah satu samada melalui mulut atau punggung).
4. Jangan pakaikan anak dengan pakaian yang tebal. Pakaian tebal boleh menaikkan lagi suhu. Buka pakaian anak dan letak di bawah kipas. Lap dengan air paip ke seluruh badan.
Ketika Sawan
1. Jangan Panik. Cuba lihat jam pukul berapa ia berlaku dan pukul berapa ia tamat. Ini adalah kerana doktor perlu tahu berapa lama sawan itu berlaku.
2. Longgarkan segala pakaian.
3. Jangan ambil sudu atau bahan-bahan keras dan meletakkannya di dalam mulut. Ini boleh menyebabkan luka yang teruk di dalam mulut. Ia juga boleh menyebabkan tercekik objek asing sekiranya patah.
4. Jangan beri minum air atau ubat ketika anak sawan.
5. Lap apa-apa yang lendiran atau air liur yang keluar dari mulut.
6. Duduk bersama anak anda sehingga sawan tamat.

Setelah Sawan
1. Baringkan anak anda mengiring ke kiri. Ini akan mengelakkan daripada muntah atau lendiran masuk ke dalam paru-paru.
2. Jangan beri anak anda minum ubat atau air, atau makan sekiranya anda tidak pasti anak anda telah sedar sepenuhnya.
3. Bawa ke klinik atau hospital. Biasanya doktor akan masukkan rectal diazepam 5 -10 mg untuk mengelakkan terjadinya sawan demam daripada berulang atau sawan yang berpanjangan.
4. Masuk ke wad sekiranya perlu.

Wallahu A'lam.
abg mie x leh claim ke?
ReplyDelete