Monday, March 19, 2012

Nasi Goreng Mentega

Nasi Goreng Mentega

Pening jugak nak fikir apa menu yang boleh memancing selera anak-anak. Kebetulan semalam ada lebih nasi .... apa kata kita buat je Nasi goreng mentega.

Bahan-bahannya :
bawang putih 2 ulas (diketuk)
cili padi 5,6 batang (diketuk juga... supaya ada pedas2 manja je)
sedikit ikan bilis lembut
isi ayam
mix vegetables
mentega (apa2 jenama pun ok)
telur sebiji
nasi putih 1 mangkuk
Cara-cara nak buat:
Panaskan mentega, selepas itu masukkan bawang putih serta cili padi

Bila agak garing, masukkan isi ayam dan ikan bilis...

Bila ayam dah empuk, tambahkan mix vege

Kenudian tambahkan telur sambil dikacau-kacau.
Tambahkan serbuk pati ayam(jika suka) garam dan nasi
Kacau-kacau hingga sebati dan bila dah masak bolehlah diangkat dan hidangkan.

Untuk anak-anak bolehlah disertakan sosej goreng.

Harap-harapnya anak-anak akan suka....

1 comment:

  1. rajinnye nak tangkap gmbr setiap cara..fuiyooooooooooooooooooooooooooo

    ReplyDelete