" Ada kat rumah tak? !0 minit nanti kami sampai lee..."
Alamak ... apa nak dijamu kat para tetamu nie? Apa kata buka peti sejuk ... carik le apa-apa yang boleh di masak. Cam last week tetiba cousin datang terjah je so terhasillah Mee Hailam Terjah ... so ramuannya pun kira tak lengkap lee ... sekadar apa yang ada kat rumah le.
Inilah antara bahan-bahan utama : mee kuning, fish ball @ fish cake, daging (ayam, sotong , udang...kalau ada) telur dan sayur carot, cauliflower (ada sawi lagi ok)
Ini pula anatara bahan-bahan sos
cili giling
serbuk pati ayam (kiub ayam)
sos tiram
kicap manis, kicap pekat
(cili sos jika suka)
Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih yang diketuk dan cili giling. Biarkan agak garing.
Masukkan mee kuning beserta sayur-sayuran.
Biarkan mendidih dan masukkan telur, jangan biarkan terlalu lama nanti mee kembang dan sayur tidak ra2ngup.
Ha..ah inilah hasilnya dan make up sket2 dengan daun sup, daun bawang, bawang goreng dan hirisan cili padi ( saya tak letak sebab ada kanak2 nak makan)
Selalunya bagi mee yang berkuah boleh dimakan dalam 6 - 7 orang berbanding mee goreng cuma 5-6 orang sahaja bagi sebungkus mee 500gram.
Lupa plak ... tambahkan air bergantung kepada nak pekat @ cair kuah mee hailam tersebut.
ReplyDeletesape yang terjah??
ReplyDelete