Sunday, March 4, 2012

Mee calong at Beserah, kuantan


kat malaysia ni macam2 menda boleh kita makan dan sesetengah makanan tu hanya ada di sesetengah tempat sahaja. untuk "kaki makan" tentu satu kerugian jika tidak mencuba ... ada sesetengah makanan itu bagi kita pelik tetapi tidak pada penduduk di sekitar situ ... jadi saya akan cuba menyelongkar mana2 makanan yang saya jumpa...ok







selama berkahwin dengan orang Kelantan yang dah bermastautin di Jengka dan selalu gak lalu lalang di Beserah tak pernah try makan mee calong dan baru2 ni tertengok dlm rancangan warung kita, farouk try mee calong nie.... nmpak sedapp. So bebaru ni ketika bercuti makan angin di kuantan so ambil peluang ini try makan mee calong ni di Beserah.

Mee ni macam mee sup dan selalunya penjual guna mee kering (mee lidi coz dia tak kembang) atau bihun dan ramuan fish ball, tauhu sumbat ikan ...homemade...dan sesetengah tempat diletakkan keropok keping di dalamnya. Beserah kan tepi laut, perkampungan nelayan jadi hasil ikan memang mewah.untuk yang suka pedas tambah dengan sambal pedas merah yang disediakan di atas meja.

harga reasonable RM3.00 satu mangkuk dan jika ditambah telur goreng separuh masak harganya RM3.50. Sedap... tetapi bagi penduduk kuantan mereka lagi arif tempat mana yang terbest kan... untuk "kaki makan" .. bertambah lagi collection ...ada kawan2 yang nak rekomen tempat mee calong yang sedap??? Boleh bagitau...Alhamdulillah dengan nikmat makan yang tuhan kurniakan kepada kita.


No comments:

Post a Comment