Wednesday, February 19, 2014

Karipap Roti

Resepi ringkas yang  hendak saya kongsikan.

Karipap Roti

Ada waktunya roti sandwich yang dibeli tidak habis tetapi dekat nak expire date. Anak-anak pun jemu juga asyik makan roti bersama-sama planta margarine + gula @ peanut butter.

Sekali-sekala cuba buatkan kelainan. Kali ini saya mencuba buat 'karipap', kononnya...tetapi menggunakan roti.

Inti: (samada inti sardin atau inti telur)

Inti sardin:

1 tin sardin King Cup atau apa-apa brand
* asingkan kuah dan isi, hancur-hancurkan isi ikan
Bawang putih, bawang kecil, bawang besar - dimayang halus
Cili padi - dihiris nipis (Jika hendak pedas)
Air limau nipis - utk hilangkan hanyir bau sardin
Garam, gula

* Boleh diletakkan kentang yang dibelah dadu kecil (jika suka)

Caranya:

Tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga berbau wangi.
Masukkan isi ikan sardin tadi dan sedikit kuah
Apabila sudah sebati, masukkan bawang besar, cili padi serta garam dan sedikit gula dan air limau nipis.

Inti: Telur

Telur - 2 @ 3 biji - dipukul lembut
Bawang besar - dimayang
Cili merah @ cili padi  - dihiris halus

Cara-caranya:

Pukul telur dan ditambahkan garam atau lada sulah.
Tumiskan bawang, apabila agak layu masukkan telur dan dikacau dengan cepat.
Masukkan cili.


Cara membuat karipap: 
1. ambil sekeping roti, buangkan kulit keras
2. Leperkan roti tersebut sehingga nipis menggunakan kayu penggiling
3. Letakkan sedikit sahaja inti (jika banyak dikuatiri inti akan melimpah keluar) di atas roti dan lipat roti  membentuk segitiga.
4. Sapukan gam untuk melekatkan roti tersebut . Gam adalah campuran sedikit tepung gandum dan air, jadikan ianya seperti pes.
5. Ambil garfu dan tekankan hujung garfu disekeliling roti.
6. Bolehlah digoreng dalam minyak, sebentar sahaja kerana roti cepat masak.


Hasilnya... jeng-jeng...



Selamat menikmatinya...sebelum itu jangan lupa baca doa makan.





No comments:

Post a Comment