Wednesday, February 26, 2014

Happy birthday......


Birthday celebration yang tertangguh sekian lama.
Cerita besday pun dah lama tetapi baru nak update.
 
Selalunya kami adik-beradik akan menyambut besday dengan dikumpulkan dua atau tiga bulan sekali. Kali ini besday celebration untuk Bulan nov : anak saudara, Syahir dan juga my besday on DEc ...dah tua-tua pun nak juga sambut ..huhu, anak saudara lagi seorang ... Syazwan dan my son..Razy, umur 5 tahun.
 
 
Ini le muka-muka yang menyambut besday ... yang kecik lagi di depan itu saja-saja hendak menyibuk, my son juga, Choki.
 
Jika dikutkan perancangan sambutan ini sepatutnya di buat di air terjun tetapi disebabkan banyak masalah dan pelbagai lagi perkara berbangkit, kami cuma buat kecil-kecilan sahaja di rumah. Hias simple-simple pun ok ... TQ to my sis, Ibah dgn Hubbynye..
 

 
 

 
Menu pun buat yang simple sahaja:
 
Nasi kuning + gulai ayam masak darat
Perut lemak pedas menyengat ... menu orang Melaka
Makaroni
Nugget .., ice cream, ...bla..bla..
 
Tq semua kepada yang menyumbang, samada tenaga mahu pun makanan.
 

 
Selepas makan sessi membuka hadiah pula ... tq kepada yang memberi hadiah
 
 
 
 
Jejaka pemalu sedang membuka hadiah dengan penuh kesopanan
 
Dan layanlah gambar-gambar lain...
 







Monday, February 24, 2014

Pah ... kami mendoakan untukmu



Segala-galanya bermula hanya demam. Kata Wan Nyah di kampong, Pah demam tak kebah-kebah. Kemudiannya Wan Nyah telefon lagi kata Pah masuk hospital Kuala Kangsar (KK) disebabkan tidak mahu makan dan setiap kali makan pasti akan dimuntahkan.
 
Maka pada  16 Januari 2014 saya, suami serta anak-anak, Ima dan suami serta Mak balik ke kampong malam itu juga. Terasa sunyinya apabila Pah tiada, kebiasaannya Pah yang akan bukakan pintu apabila kami sampai ke kampong. Ketika itu jam sudah menghampiri pukul 12 malam.
 
Pagi esoknya 17 januari 2014 Wan Nyah datang ke rumah membawa berita... Pah minta ditukarkan ke Hospital Fatimah di Ipoh, Pah tidak mahu tinggal di hospital KK kerana keadaan wad yang sesak. Pagi itu setelah selesai breakfast nasi lemak dan kuih-muih ( selalunya kami suka membeli nasi lemak yang cuma berharga 80 sen dan aneka kuih di pekan Manong) serta cempedak goreng yang digoreng oleh Mak Yah, kami pun pergi ke Ipoh.
 
Sampai di Hospital Ipoh, kami diberitahu oleh Aicho dan Mak Chor, Pah dimasukkan ke ICU. Hati berdebar-debar...kenapa di ICU, sedangkan di hospital KK hanya ditempatkan di wad biasa.  Setelah naik ke tingkat 2 rupa-rupanya sudah ramai anak-anak pah (makcik dan pakcik) serta cucu-cucumya berada di luar bilik ICU.
 
Masih menunggu doctor pakar.
Pah mungkin ada masalah jantung.
Tadi pah macam tak sedarkan diri.
 
Begitu banyak cerita yang sampai di telinga....tiba-tiba seorang jururawat memanggi Mak Chor masuk. Apa yang sudah terjadi, hanya Mak Chor seorang sahaja yang dibenarkan masuk.
 
Mak Chor keluar dari wad membawa berita.. dalam paru-paru pah ada kuman, kuman yang disebabkan muntah yang tidak keluar semuanya, ada sedikit muntah yang ter'masuk' ke dalam paru-paru dan jantung pah memang lemah.
 
Kami yang di luar menunggu dan menunggu. Anak-anak bermain kejar-kejar ...apa yang mereka hendak buat lagi? Setelah waktu tengahari perut pun berkeroncong, Ima mengajak untuk makan. Hari Sabtu dan Ahad , café di hospital itu selalunya tutup. Hospital Fatimah sebuah hospital lama yang didirikan sejak berpuluh tahun lagi, tidak pasti adakah dulunya ianya sebuah gereja atau tidak, namun salib berada merata tempat.
 
Pusing sekitar situ untuk mencari tempat makan, akhirnya kami google restoran Vanggey...nasi ganja. Bertemulah juga kami dengan resoran yang pernah mencetuskan sedikit kekecohan dulu, kononnya ada n....s manusia dimasukkan ke dalam masakan, wallhualam.
 
Berdisplin betullah orang Ipoh ini, kami perlu beratur untuk membeli makanan. Pelanggan di depan saya kebanyakannya meminta ayam goring dan kuah campur, lantas saya bertanya lelaki yang berbaris di hadapan saya.
 
"Bro, sedap ke ayam ini? Semua orang minta ayam je."
 
"Ohh..inilah specialitynye Nasi Vanggey"
 
Jadi saya pun memesan menu yang sama... seketul ayam berempah dan disertakan beberapa jenis kuah dgn seketul kacang bendi dan telur masin serta sambal..tidak pasti sambal apa.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Pedas dan berasap!!!!! Bergelas air habis... kesian kat anak2...ayamnya memang PEDAS!!
 
Akhirnya nasi saya, nasi anak-anak dihabiskan oleh suami. Empat pinggan lagi (plus nasi tambah)... boleh jadi Duta Nasi Vanggey.
 
SElepas makan dan solat, ada surau perempuan di Tkt 4 hospital, Dalam solat saya mendoakan Pah terus dipanjangkan umur.  Kami terus menunggu.
 
 
 
 
Ada yang berbual, tersengeh sorang-sorang dan juga yang membuta...masing-masing mengisi masa dengan cara tersendiri.
 
 
Jam 5 lebih ketika saya membawa anak-anak lepak di lobby hospital, Ayah Ngah lalu di depan kami yang sedang duduk bersantai.
 
"Pah sudah sedar, semua pergi tengok dia."
 
"Semua? Boleh masuk ramai-ramai ke?"
 
Saya, suami dan anak-anak naik ke tingkat atas semula, tiada sesiapa di ruang menunggu, rupa-rupanya semua sudah berada mengelilingi pah di katil. Anak-anak kecil tidak dibenarkan masuk maka saya bergilir dengan suami, memberi laluan untuk dia pergi melihat pah dahulu.
 
"Pergilah masuk, ramai sangat...semuanya sedang bersedih."
 
Lalu. saya pun meluru masuk ke dalam wad, makcik-makcik mengelilingi katil pah, saya cuma menjengukkan kepala sedikit. Pah memandang sekeliling.
 
"Iza..." Pah melambai saya. Saya mencium tangannya.
 
"Pah sakit..." Suara Pah begitu sayu. Saya tidak dapat menahan airmata, seboleh mungkin saya tidak mahu menambahkan pilu di hati Pah. Bukankah airmata itu luahan emosi seorang wanita?
 
Petang itu Aicho dan Mak Chor mengajak kami ke rumahnya, kami pergi dengan mak. Cadangnya Mak dan wan Nyah akan menjaga pah malam ini.
 
 
Esoknya, 18 januari 2014, hari ini harijadi anak sulung, Syahmi Syairazy, kami memang merancang untuk menyambut majlis harijadinya tetapi itulah kita hanya merancang Tuhan yang menentukan. Tiada aktiviti hanya berehat sahaja di rumah Mak Chor. Anak-anak seronok dapat bermain lawan-lawan apabila Ultraman Bandar Putera vs Ultraman Taman Perpaduan berjumpa....
 

 
 
 
Tengahari itu, Yong, Badrul, Ibah dan Yeo serta Shahir datang melawat Pah di hospital. Setelah itu mereka pun dating ke rumah Mak Chor, makan tengahari dan berehat.
 
Selepas makan kami beramai-ramai pergi ke Hospital Ipoh, selepas ini kami hendak balik ke KL, mak tinggal di rumah Mak Chor untuk menjaga Pah.
 
 
Pah Part 2
 
Seminggu mak di rumah Mak Chor, berulang alik dari Hospital Fatimah, biasanya mak menjaga di waktu siang kerana Wan Nyah risau mak tidak cukup tidur jika berjaga malam, apatah lagi dengan penyakit mak..darah tinggi dan kencing manis. Lagipun tidak dibenarkan lebih dari seorang menjaga pesakit.
 
Setelah itu mak balik ke KL, dua hari selepas itu Pah dibenarkan keluar wad. Kasihan pada Wan Nyah yang tentunya tidak cukup rehat. Seminggu selepas itu mak balik ke kampong semula, dihantar oleh Ima dan Zul, mak tinggal di kampong dan pada masa yang sama Mak Yah juga turut berada di kampong. Dan bermulalah mereka semua menjaga pah yang menerlukan perhatian 24 jam... Mak, Wan Nyah, Mak Yah, Yan serta Makcik La. Dan kadangkala ada cuti dan kelapangan, Aicho, Pakcik N serta Pakcik Li, serta Pakchu Di datang menjenguk....
 
 
Seminggu berakhir, mak telefon menyuruh kami mengambilnya. Kebetulan Ibah dan Yeo balik dengan kereta kosong maka mereka pun mengajak saya dan anak2 bersama-sama. Sabtu minggu itu suami kena bekerja.
 
Kami sampai di kampong hampir jam 12 malam. Anak-anak sudah pun tertidur di dalam kereta. Di tingkat bawah ternampak Pah terbaring...saya terus naik ke atas, menyimpan beg dan menidurkan semula anak-anak yang terjaga. Setelah semuanya ok saya turun ke bawah menjenguk Pah.
 
Pah susah hendak tidur, dia asyik lenguh di sebelah kanan.
Pah tidak lena tidur.
Urut kaki pah dan di belikat Pah.
 
Saya mengurut di belakang pah sambil berzikir perlahan...Pah tertidur. Bagaikan seorang anak kecil setelah saya pastikan Pah terlena saya pun naik ke atas semula. Beberapa minit kemudian, terdengar suara Pah...Pah sudah terjaga...tidak boleh tidur.
 
"Kamu hendak balik ke Sa..panggilan nama mak dari Saleha." Pah bertanya kepada mak.
"Tidak tahu lagi."
"Janganlah balik..aku rasa semacam je." Rayu pah
 
Mak membuat keputusan untuk tinggal lagi seminggu di kampong. Masalahnya Mak Yah akan balik ke KL juga kerana anaknya Zelin sudah beberapa hari ponteng sekolah. Mak cakap, siapa yang akan menemani mak, hendak memasak atau pergi ke toilet. Makcik La memang bekerja... Mak minta jasa baik saya untuk stay bersama-sama....saya serba-salah, suami di Shah Alam, saya di kg...bolehkah dia..makan-minumnya....
 
Akhirnya setelah berbincang dan bertanyakan suami dia mengizinkan. Saya tidak bawa baju banyak, baju anak-anak pun cukup keperluan untuk dua hari sahaja, petang Sabtu itu kami ke pekan Kuala Kangsar membeli segala barangan yang tiada...susu, pampers,...baju, mainan,,,buku...majalah...
 
Maka bermulalah saya stay di kampong..10 Feb, tugas saya hanyalah menemani mak, menolong memicit badan Pah dan memasak untuk seisi rumah. Ketika memasak saya akan memastikan gril di depan pintu di tutup sementara anak-anak menonton DVD ..BOla kampong, Angry bird etc..
 
Ada sahaja orang yang datang menziarahi Pah...
 
"Iza, tolonglah Pah, Pah sakit ni." Rintih Pah penuh kesayuan.
"Iza, picit belakang Pah."
"Iza, bebudak mana?"
"Iza, doakan untuk Pah, pah sakit. Sakit apalah ini, tidak boleh tido."
"Kome tak tau sakitnya macam mana."
 
Apa terdaya saya untuk menolong Pah, setiap kali saya mengurutnya saya berzikir...sekali-sekala Pah akan menuruti zikir yang saya alunkan. Di dalam solat saya berdoa mudah-mudahan Tuhan sembuhkan penyakit Pah.
 
Kebiasaannya waktu petang, Erna dan Bedul akan balik ke kampong kerana rumah mereka di Tronoh tidak jauh, cuma 20 minit perjalanan. Setiap petang, anak-anak Ernalah teman bermain bersama anak-anak saya...
 



 
 
Pada 11 Feb, selepas Maghrib ustaz dari Darul Shifa dating untuk mengubat Pah. Saya melayani anak-anak di tingkat atas, tidak mahu mereka mengganggu kerja-kerja ustaz di bawah. Tiba-tiba, Pakcik N naik atas dan membuka pintu berpalang di atas.
 
 
"Ustaz suruh buka sikit pintu ini." Saya masih tidak ada apa-apa perasaan 'lain' ketika itu.
 
"Ustaz cakap, budak-budak boleh Nampak." Anis menyampuk. Saya tersentak lantas saya peluk kedua-dua anak sambil membaca Ayatul Kursi.
 
"Ustaz suruh turun ke bawah." Anis yang naik ke atas semula menyampaikan pesanan. Hati saya berdegup kencang...takut, lantas saya mencapai sahaja tuala untuk menutup rambut.
 
Ustaz menyuruh kami duduk sekelompok, Ustaz melaungkan azan. Serentak dengan itu saya terdengar sesuatu bunyi di atas atap zink... dalam hati...Takkan benda itu kut (Saya mula membayangkan entity yang berjalan-jalan di atas atap)... dari zink di anjung hingga ke atap zink di belakang dan keseluruhan rumah. Dan baru saya teringat, ustaz lagi seorang di mana? Emak yang ternampak kehairanan saya berbisik, depa balik garam atas bumbung..ohhh...lega.
 
 
Setelah selesai azan ustaz bertanyakan samada kami rasa berdebar atau tidak..memang rasa berdebar tetapi tidak pasti debaran takut atau pun ???? Ustaz kemudiannya mengalunkan azan di kelompok kami, perasaan saya sekejap berdebar sekejap tidak.
 
"Kalau ada berdebar beritahu saya, ustaz tidak Nampak!" Kata ustaz
 
Wan Nyah masih lg berdebar, begitu juga Mak. Wan Nyah dirawat oleh ustaz lalu termuntah-muntahhlah Wan Nyah di situ...muntah lendir.
 
"Benda itu ada dalam badan ni...(ustaz merujuk pd wan Nyah)..jika kita muntah, kita akan termuntah makanan yang di makan, tetapi ini lendir. Selalunya 'menda' ini akan kacau orang yang rapat dengan pesakit."
 
"Iblis ini memang dia sudaj pun mengacau opah, tetapi sebabkan Pah sudah tak terdaya, dia akan mengacau orang2 lain pula. Jika boleh, buat lagi sekali, panggil anak-anak cucu yang lain, kita ubati sama-sama." Cadangan ustaz lagi.
 
"Itu saka ke?" Pakcik N bertanya.
 
"jangan cakap itu saka...kesian pada tok nenek kita yg di dalam kubur, mereka mengharapkan doa anak cucu cicit...cuma katakan iblis ini sengaja untuk merosakkan kita." kata Ustaz pula.
 
Saya tidak pasti apakah itu S.. (entity A)... tetapi rumah itu adalah rumah pusaka. Biarlah apa pun entity A itu janji entity A tidak mengacau hidup kami... bacalah Ayatul Kursi selalu sebagai pendinding, Insya-Allah.
 
Kata Mak, ketika ustaz itu mengubat Pah, ketika ustaz memegang telinga Pah, Pah mengaduh sakit. Kata Ustaz, entity ** berada di sebelah kanan badan Pah, wallhualam
 
Berada di kampong berjauhan dengan suami menyebabkan saya begitu rindu namun saya berkorban perasaan demi semua...demi mak, dapat juga menjaga Pah secara tidak langsung, dapat juga memasak untuk Makcik La dan anak2nya yang balik dari sekolah tentunya kelaparan.
 
Hari Jumaat 14 Feb 2014, kami buat bacaan Yasin, cadangnya selepas Asar tup..tup..orang surau cakap selepas Jumaat. Kelam kabut memasak...
 
Menu : mee goreng lada itam..resepi Yan, tq Yan, tlg ajar masak nanti Iza try masak.
Kuih lopez sagu..warna hijau
Agar-agar merah
 
Insya-Allah..mudah2an dengan pembacaan Yassin ini akan Allah makbulkan doa kami agar Pah cepat sembuh.
 
Sabtu...15 Feb 2014, pagi lagi kami sudah hendak balik Kl. Kebetulan Yong ada meeting di Taiping, semalam dia datang dan tidur semalam di kampong. Pagi ini mak pun turut sama balik Kl.
 
Tidak sabar berjumpa suami tersayang.
 
Pah ...saya tinggalkan dengan rasa berat hati dan dalam solat saya sentiasa mendoakan kesembuhan Pah dengan segera.
 
akan saya update cerita pah lagi..
 
 
 
 
 
 


Wednesday, February 19, 2014

CNY Holiday : Mandi Air Terjun



Cuti CNY yang lepas hubby dapat cuti sehari sahaja ...on Friday. Adik-beradik yang lain ada yang cuti 3, 4 hari, kerana dipaksa oleh majikan utk bercuti!!

Nak balik kampung, malas pula memikirkan betapa berjuta-jutanya kereta di jalanraya nanti, tentunya 'jem' teruk kerana masing-masing punya plan tersendiri pergi bercuti.

Fikir punya fikir untuk menyeronokkan anak-anak, saya pun buat plan 'bagus'... bermandi-manda di air terjun bersama-sama adik2 dan bonda. Kami pergi ke Bamboo Camp And Resort di Pangsun, Hulu Langat.

Trade mark Bamboo Camp & Resort

Di sini ada banyak kemudahan yang disediakan. Ada pondok yang open air (lupa nak ambil gambar)... dan juga pondok yang berpintu.


Inilah bentuk pondok rumah






Pondok yang kami sewa betul-betul mengadap sungai, tempat bbq juga ada disertakan sekali.

Biasalah kalau pergi mandi-manda aktivitinya mestilah mandi....sudah ketaq badan, naik atas makan pula, selepas tu terjun semula dalam sungai.


Tempat parking yang agak luas, deretan pondok 'open - air'  atau gazebo



Keadaan dlm pondok, lampu serta kipas cute




Keadaan dalam pondok... ada carpet kecil dan boleh memuatkan 4, 5 orang


Dan yang lain-lainnya... layan je le gambar-gambar ini














 





Kadar sewa pondok adalah RM 45 untuk sehari dan satu kepala Rm 1 dicaj untuk menggunakan kemudahan di sini. Untuk bermalam pula caj yang dikenakan adalah RM 75. Untuk maklumat lanjut boleh call number di bawah....




Selamat menikmati alam semulajadi anugerah Allah dan sayangi sungai kita... haha

Karipap Roti

Resepi ringkas yang  hendak saya kongsikan.

Karipap Roti

Ada waktunya roti sandwich yang dibeli tidak habis tetapi dekat nak expire date. Anak-anak pun jemu juga asyik makan roti bersama-sama planta margarine + gula @ peanut butter.

Sekali-sekala cuba buatkan kelainan. Kali ini saya mencuba buat 'karipap', kononnya...tetapi menggunakan roti.

Inti: (samada inti sardin atau inti telur)

Inti sardin:

1 tin sardin King Cup atau apa-apa brand
* asingkan kuah dan isi, hancur-hancurkan isi ikan
Bawang putih, bawang kecil, bawang besar - dimayang halus
Cili padi - dihiris nipis (Jika hendak pedas)
Air limau nipis - utk hilangkan hanyir bau sardin
Garam, gula

* Boleh diletakkan kentang yang dibelah dadu kecil (jika suka)

Caranya:

Tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga berbau wangi.
Masukkan isi ikan sardin tadi dan sedikit kuah
Apabila sudah sebati, masukkan bawang besar, cili padi serta garam dan sedikit gula dan air limau nipis.

Inti: Telur

Telur - 2 @ 3 biji - dipukul lembut
Bawang besar - dimayang
Cili merah @ cili padi  - dihiris halus

Cara-caranya:

Pukul telur dan ditambahkan garam atau lada sulah.
Tumiskan bawang, apabila agak layu masukkan telur dan dikacau dengan cepat.
Masukkan cili.


Cara membuat karipap: 
1. ambil sekeping roti, buangkan kulit keras
2. Leperkan roti tersebut sehingga nipis menggunakan kayu penggiling
3. Letakkan sedikit sahaja inti (jika banyak dikuatiri inti akan melimpah keluar) di atas roti dan lipat roti  membentuk segitiga.
4. Sapukan gam untuk melekatkan roti tersebut . Gam adalah campuran sedikit tepung gandum dan air, jadikan ianya seperti pes.
5. Ambil garfu dan tekankan hujung garfu disekeliling roti.
6. Bolehlah digoreng dalam minyak, sebentar sahaja kerana roti cepat masak.


Hasilnya... jeng-jeng...



Selamat menikmatinya...sebelum itu jangan lupa baca doa makan.