Kuih BOM keledek
.... siapakah agaknya yang 'mereka' nama kuih ini? Kadang-kadang pelik juga nama kuih2 di Malaysia ini. Kuih bom ini bunyinya agak brutal tetapi sedap. Mungkin namanya bom kerana bentuknya yang bulat menyerupai bom.
Pagi ini dengan penuh 'kerajinan' saya pun membuat kuih bom. Tetapi biasalah orang yang 'pandai' buat kuih... intinya tidak berapa nak 'umphhh' ..hehe tetapi sekadar untuk anak tekak sediri, bolehlah.
Resepinya senang sahaja :
Bahan2
500 gram keledek
1 cawan tepung gandum
1 cawan bijan
1 sudu kecil garam
Minyak bagi menggoreng
Bahan Inti
1 cawan kelapa parut muda
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan air
(Kacau bahan2 inti dengan api sederhana hingga pekat dan masak).-ketepikan
Cara-caranya:
1.Keledek di buang kulit dan di potong kecil.Rebus dengan air dan garam hingga lembut.Kemudian toskan.
2.Lumatkan keledek dan gaulkan dengan tepung.
3.Leperkan adunan keledek dan masukkan satu sudu kecil inti.
4.Uli menjadi bebola kecil dan golekkan di atas bijan.
5.Goreng dengan api sederhana hingga warna bijan menjadi kuning keemasan.
6.Angkat dan hidangkan..
Selalunya apabila ke gerai kuih saya akan mencari kuih ini tetapi apabila balik ke rumah rupa-rupanya ini bukanlah kuih yang saya kehendaki. Saya tersalah membeli kuih bom iaitu terbeli kuih bom tepung pulut.
Saya tidak pernah membuat kuih ini kerana saya tidak suka akan struktur kuih ini yang agak liat kerana bahan asasnya adalah tepung pulut. Apa-apa pun kepada sesiapa yang teringin hendak mencubanya bolehlah layan resepinya:
Kuih Bom Tepung Pulut
Bahan untuk doh:
- 2 cawan tepung pulut
- 2 sudu besar tepung gandum
- Sedikit garam
- Air-secukupnya
- Bijan secukupnya-untuk salut
Cara membuat doh:
- Satukan tepung pulut,tepung gandum dan garam.
- Bancuh dengan air hingga menjadi doh.
Inti kacang hijau
- 250gm kacang hijau - di rendam
- 1/2 cawan gula merah/gula melaka di racik halus
- 1 cawan gula pasir-boleh tambah/kurangkan
- 1/2 cawan kelapa parut muda
- 2-3 sudu tepung gandum
- Air-secukupnya
Cara-cara :
- Masak kacang hijau bersama air hingga kembang, biarkan sehingga airnya hampir kering, masukkan kelapa, gula melaka dan gula, kacau rata dan biarkan hingga kering.
- Tabur tepung gandum dan kacau rata.
- Angkat dan sejukkan.
- Bila sudah sejuk kepal inti bulat2.
Cara membuat kuih bom:
- Leperkan adunan doh dan masukkan inti kacang hijau yang telah di kepal bulat2 tadi.Tabur/salut bijan.
- Panaskan minyak dan bolehlah di goreng dengan api yang sederhana hingga keemasan.Angkat dan hidangkan.
gambar hasil google ..tq
Kuih bom tepung pulut ini selalunya menggunakan inti kacang hijau dan juga inti kelapa manis.
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment