Thursday, October 3, 2013

Anak kena sawan - part 2

Setiap kali anak saya demam terutamanya waktu malam saya tidak dapat tidur lena, trauma mengenangkan saat-saat melihat bibir anak yang kebiruan..... Saya akan sentiasa memeriksa suhu badannya menggunakan termometer digital.

Kadang-kadang seringkali juga saya menyalahkan diri ini apabila anak terkena sawan, apatah lagi apabila nurse  di hospital KPJ itu bertanyakan pelbagai soalan mengenai sejarah kelahiran Razy.

Bersalin normal @ ceaser, 
Lahir minggu ke berapa
Lahir berat berapa
Ada apa-apa kompilasi sewaktu lahir
Breast feeding berapa lama???

Soalan yang terakhir itu menyebabkan saya benar-benar rasa bersalah. Saya menyusukan Razy hanya seketika sahaja... mungkinkah dia terkena sawan kerana kekurangan antibodi dalam badannya ( kurang penyusuan susu ibu).

Sebulan yang lepas Razy demam, saya bawa dia berjumpa doktor .. Dr Tan di klinik Medivron Tmn Pinggiran USJ.

Kata doktor:
- jika anak pernah kena sawan kebarangkalian dia terkena sawan adalah tinggi. (First time anak saya kena sawan sewaktu umurnya setahun lebih)

- selalunya sawan akan hilang apabila umurnya 6 tahun

- selalu pastikan anak di lap badannya, kepalanya sentiasa dibasahkan dan pakaikan singlet dan dibiarkan kipas terpasang (kata doktor penggunaan cool fever tidak memberi apa2 kesan, so tidak perlu digunakan)

- selalu check suhu badan anak, jika mencapai 38 Cel bolehlah di masukkan ubat di bontotnya. (saya sudah pakar juga dlm memasukkan ubat ini, sebelum ini saya takutttt sangat utk melakukannya)


Doktor itu bercerita lagi, anak perempuannya pun pernah terkena sawan dan dia merasa begitu fobia setiap kali anaknya demam. Saya bertanyakan kepada doktor apa sebab utama sawan.
Jawapnya tiada penyebab.

Apabila saya tahu anak doktor itu juga pernah mengalami sawan saya terus berkata-kata di dalam hati ..... anak doktor pun boleh terkena, jadi bukanlah salah saya..... (sebenarnya saya benar-benar terus diburu rasa bersalah sebelum ini)...maka saya katakan kepada diri ini. "Tiada sesiapa yang bersalah, jadi setiap kali Razy demam saya kena pastikan suhunya dalam keadaan yang tidak merbahaya. dan saya harus pastikan dia sentiasa sihat bagi mengelakkan dia demam."






No comments:

Post a Comment