Friday, October 11, 2013

Jalan-jalan Cari Rumah.....

Fuhhh ... minggu yang memenatkan, rupa2nya susah juga untuk mendapatkan rumah sewa di kawasan 'hot' shah alam ini, mengalahkan goreng pisang panas. Permintaan > pernawaran...Mudah.my memang kena sentiasa 'on' tetapi kadang2 tu terlambat seminit dua, bila call sahaja dah ada orang booking rumah itu. Seksyen 19, sek 29, sek 24... jangan haraplah dapat bermastautin di situ...

So... terpaksalah jauh sikit dari tempat hubby kerja. Kawasan pilihan di Bandar saujana putra.

1. Bandar saujana putra

 Pusing2 kawasan situ memang banyak rumah yang tidak berpenghuni (prefer single storey ...takde le penat nak mengangkat barang)....tetapi tiada notis untuk disewa (mungkin ramai yang membeli rumah untuk investment kut).

Yang ada kebanyakannya fully furnish > RM1300.. ada yang hujung end october, ada yang tak ambil kunci lagi (rumah baru),ada yang jauh sangat dari tadika... so???/

Katalah sewa di situ Rm 1k, minyak plus tol = RM 1.3k, itu belum kira 'masa' lagi ...entahlah. Tetapi yang ok di sini keluar highway dan terus sahaja ke tempat hubby kerja (mungkin jem sikit keluar tol batu tiga).



Maybe jika dapat rumah yang < RM 1 k, maybe consider....

2. pilihan ke 2 - bandar putera 2

Area situ quite peaceful, ada dua perumahan. Single storey yang kebanyakannya rumah baru tetapi no kindergarten.

Double storey ada kindergarten tetapi rental range Rm 1k- 1.3k..
Distance sama je dengan bandar saujana putra, ada dua pilihan jalan, bayar tol atau ikut jalan lain. Tetapi memang dekat my favourite place : NSK... hehhe 

Esok ada appoinment untuk tengok rumah di sini...



3. Pilihan ke 3 - bandar puteri

hari itu ada agen bawa tengok rumah, owner Chinese di jln kerongsang. Depan rumah ada tanglung lagi. Rumah baru di cat.

Rumah besar dan tempat pun ok, tadika jauh pula. Tetapi, terdetik pula di dalam hati....entah2 penyewa sebelum ini ada membela anjing ataupun mungkin ada bawa patung dalam rumah ini. (risau jika anak2 lemah semangat). So beritahu agen tak berminat!!!


Ada sebuah lagi berdekatan jln pending, bila baca forum... kawasan itu monopolinya kaum I...., crowded dan bising dan sering berlaku pecah rumah. 

lagi satu pula, taman sentosa...ramai yang tidak menggalakkan saya tinggal di sana, black area.

Lagi satu apabila deal dengan agent.

katalah sewa rumah rm 1.2k

Lu mau sewa ini rumah kena bayar 2 + 1, dua bulan deposit campur sebulan sewa pendahuluan so 3x1.2 = Rm 3600

Itu utiliti setengah bulan sewa = Rm 600

Itu agreement pun kena bayar = Range RM 250-Rm400

So total semua RM 4.5k untuk kos penyewaan... itu belum kira lagi kos sewa lori pindah!!!!

"Ya ALLAH Engkau permudahkanlah urusan kami ini, Engkau berilah yang terbaik untuk kami sekeluarga"


Friday, October 4, 2013

Namanya brutal tapi sedap

                             Kuih BOM keledek

 .... siapakah agaknya yang 'mereka' nama kuih ini? Kadang-kadang pelik juga nama kuih2 di Malaysia ini. Kuih bom ini bunyinya agak brutal tetapi sedap. Mungkin namanya bom kerana bentuknya yang bulat menyerupai bom.

Pagi ini dengan penuh 'kerajinan' saya pun membuat kuih bom. Tetapi biasalah orang yang 'pandai' buat kuih... intinya tidak berapa nak 'umphhh' ..hehe tetapi sekadar untuk anak tekak sediri, bolehlah.


Resepinya senang sahaja :

Bahan2

500 gram keledek
1 cawan tepung gandum
1 cawan bijan
1 sudu kecil garam
Minyak bagi menggoreng

Bahan Inti

1 cawan kelapa parut muda
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan air

(Kacau bahan2 inti dengan api sederhana hingga pekat dan masak).-ketepikan


Cara-caranya:


1.Keledek di buang kulit dan di potong kecil.Rebus dengan air dan garam hingga lembut.Kemudian toskan.

2.Lumatkan keledek dan gaulkan dengan tepung.
3.Leperkan adunan keledek dan masukkan satu sudu kecil inti.

4.Uli menjadi bebola kecil dan golekkan di atas bijan.

5.Goreng dengan api sederhana hingga warna bijan menjadi kuning keemasan.

6.Angkat dan hidangkan..


Selalunya apabila ke gerai kuih saya akan mencari kuih ini tetapi apabila balik ke rumah rupa-rupanya ini bukanlah kuih yang saya kehendaki. Saya tersalah membeli kuih bom iaitu terbeli  kuih bom tepung pulut.

Saya tidak pernah membuat kuih ini kerana saya tidak suka akan struktur kuih ini yang agak liat kerana bahan asasnya adalah tepung pulut. Apa-apa pun kepada sesiapa yang teringin hendak mencubanya bolehlah layan resepinya:


Kuih Bom Tepung Pulut

Bahan untuk doh:
  • 2 cawan tepung pulut
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • Sedikit garam
  • Air-secukupnya
  • Bijan secukupnya-untuk salut 
Cara membuat doh:

  1. Satukan tepung pulut,tepung gandum dan garam.
  2. Bancuh dengan air hingga menjadi doh.
    Inti kacang hijau
    • 250gm kacang hijau - di rendam
    • 1/2 cawan gula merah/gula melaka di racik halus
    • 1 cawan gula pasir-boleh tambah/kurangkan
    • 1/2 cawan kelapa parut muda
    • 2-3 sudu tepung gandum
    • Air-secukupnya
    Cara-cara :
    1. Masak kacang hijau bersama air hingga kembang, biarkan sehingga airnya hampir kering, masukkan kelapa, gula melaka dan gula, kacau rata dan biarkan hingga kering.
    2. Tabur tepung gandum dan kacau rata.
    3. Angkat dan sejukkan.
    4. Bila sudah sejuk kepal inti bulat2.
    Cara membuat kuih bom:
    1. Leperkan adunan doh dan masukkan inti kacang hijau yang telah di kepal bulat2 tadi.Tabur/salut bijan.
    2. Panaskan minyak dan bolehlah di goreng dengan api yang sederhana hingga keemasan.Angkat dan hidangkan.


    gambar hasil google ..tq

    Kuih bom tepung pulut ini selalunya menggunakan inti kacang hijau dan juga inti kelapa manis.

    Selamat mencuba...

    Thursday, October 3, 2013

    Anak kena sawan - part 2

    Setiap kali anak saya demam terutamanya waktu malam saya tidak dapat tidur lena, trauma mengenangkan saat-saat melihat bibir anak yang kebiruan..... Saya akan sentiasa memeriksa suhu badannya menggunakan termometer digital.

    Kadang-kadang seringkali juga saya menyalahkan diri ini apabila anak terkena sawan, apatah lagi apabila nurse  di hospital KPJ itu bertanyakan pelbagai soalan mengenai sejarah kelahiran Razy.

    Bersalin normal @ ceaser, 
    Lahir minggu ke berapa
    Lahir berat berapa
    Ada apa-apa kompilasi sewaktu lahir
    Breast feeding berapa lama???

    Soalan yang terakhir itu menyebabkan saya benar-benar rasa bersalah. Saya menyusukan Razy hanya seketika sahaja... mungkinkah dia terkena sawan kerana kekurangan antibodi dalam badannya ( kurang penyusuan susu ibu).

    Sebulan yang lepas Razy demam, saya bawa dia berjumpa doktor .. Dr Tan di klinik Medivron Tmn Pinggiran USJ.

    Kata doktor:
    - jika anak pernah kena sawan kebarangkalian dia terkena sawan adalah tinggi. (First time anak saya kena sawan sewaktu umurnya setahun lebih)

    - selalunya sawan akan hilang apabila umurnya 6 tahun

    - selalu pastikan anak di lap badannya, kepalanya sentiasa dibasahkan dan pakaikan singlet dan dibiarkan kipas terpasang (kata doktor penggunaan cool fever tidak memberi apa2 kesan, so tidak perlu digunakan)

    - selalu check suhu badan anak, jika mencapai 38 Cel bolehlah di masukkan ubat di bontotnya. (saya sudah pakar juga dlm memasukkan ubat ini, sebelum ini saya takutttt sangat utk melakukannya)


    Doktor itu bercerita lagi, anak perempuannya pun pernah terkena sawan dan dia merasa begitu fobia setiap kali anaknya demam. Saya bertanyakan kepada doktor apa sebab utama sawan.
    Jawapnya tiada penyebab.

    Apabila saya tahu anak doktor itu juga pernah mengalami sawan saya terus berkata-kata di dalam hati ..... anak doktor pun boleh terkena, jadi bukanlah salah saya..... (sebenarnya saya benar-benar terus diburu rasa bersalah sebelum ini)...maka saya katakan kepada diri ini. "Tiada sesiapa yang bersalah, jadi setiap kali Razy demam saya kena pastikan suhunya dalam keadaan yang tidak merbahaya. dan saya harus pastikan dia sentiasa sihat bagi mengelakkan dia demam."