Friday, October 11, 2013

Jalan-jalan Cari Rumah.....

Fuhhh ... minggu yang memenatkan, rupa2nya susah juga untuk mendapatkan rumah sewa di kawasan 'hot' shah alam ini, mengalahkan goreng pisang panas. Permintaan > pernawaran...Mudah.my memang kena sentiasa 'on' tetapi kadang2 tu terlambat seminit dua, bila call sahaja dah ada orang booking rumah itu. Seksyen 19, sek 29, sek 24... jangan haraplah dapat bermastautin di situ...

So... terpaksalah jauh sikit dari tempat hubby kerja. Kawasan pilihan di Bandar saujana putra.

1. Bandar saujana putra

 Pusing2 kawasan situ memang banyak rumah yang tidak berpenghuni (prefer single storey ...takde le penat nak mengangkat barang)....tetapi tiada notis untuk disewa (mungkin ramai yang membeli rumah untuk investment kut).

Yang ada kebanyakannya fully furnish > RM1300.. ada yang hujung end october, ada yang tak ambil kunci lagi (rumah baru),ada yang jauh sangat dari tadika... so???/

Katalah sewa di situ Rm 1k, minyak plus tol = RM 1.3k, itu belum kira 'masa' lagi ...entahlah. Tetapi yang ok di sini keluar highway dan terus sahaja ke tempat hubby kerja (mungkin jem sikit keluar tol batu tiga).



Maybe jika dapat rumah yang < RM 1 k, maybe consider....

2. pilihan ke 2 - bandar putera 2

Area situ quite peaceful, ada dua perumahan. Single storey yang kebanyakannya rumah baru tetapi no kindergarten.

Double storey ada kindergarten tetapi rental range Rm 1k- 1.3k..
Distance sama je dengan bandar saujana putra, ada dua pilihan jalan, bayar tol atau ikut jalan lain. Tetapi memang dekat my favourite place : NSK... hehhe 

Esok ada appoinment untuk tengok rumah di sini...



3. Pilihan ke 3 - bandar puteri

hari itu ada agen bawa tengok rumah, owner Chinese di jln kerongsang. Depan rumah ada tanglung lagi. Rumah baru di cat.

Rumah besar dan tempat pun ok, tadika jauh pula. Tetapi, terdetik pula di dalam hati....entah2 penyewa sebelum ini ada membela anjing ataupun mungkin ada bawa patung dalam rumah ini. (risau jika anak2 lemah semangat). So beritahu agen tak berminat!!!


Ada sebuah lagi berdekatan jln pending, bila baca forum... kawasan itu monopolinya kaum I...., crowded dan bising dan sering berlaku pecah rumah. 

lagi satu pula, taman sentosa...ramai yang tidak menggalakkan saya tinggal di sana, black area.

Lagi satu apabila deal dengan agent.

katalah sewa rumah rm 1.2k

Lu mau sewa ini rumah kena bayar 2 + 1, dua bulan deposit campur sebulan sewa pendahuluan so 3x1.2 = Rm 3600

Itu utiliti setengah bulan sewa = Rm 600

Itu agreement pun kena bayar = Range RM 250-Rm400

So total semua RM 4.5k untuk kos penyewaan... itu belum kira lagi kos sewa lori pindah!!!!

"Ya ALLAH Engkau permudahkanlah urusan kami ini, Engkau berilah yang terbaik untuk kami sekeluarga"


Friday, October 4, 2013

Namanya brutal tapi sedap

                             Kuih BOM keledek

 .... siapakah agaknya yang 'mereka' nama kuih ini? Kadang-kadang pelik juga nama kuih2 di Malaysia ini. Kuih bom ini bunyinya agak brutal tetapi sedap. Mungkin namanya bom kerana bentuknya yang bulat menyerupai bom.

Pagi ini dengan penuh 'kerajinan' saya pun membuat kuih bom. Tetapi biasalah orang yang 'pandai' buat kuih... intinya tidak berapa nak 'umphhh' ..hehe tetapi sekadar untuk anak tekak sediri, bolehlah.


Resepinya senang sahaja :

Bahan2

500 gram keledek
1 cawan tepung gandum
1 cawan bijan
1 sudu kecil garam
Minyak bagi menggoreng

Bahan Inti

1 cawan kelapa parut muda
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan air

(Kacau bahan2 inti dengan api sederhana hingga pekat dan masak).-ketepikan


Cara-caranya:


1.Keledek di buang kulit dan di potong kecil.Rebus dengan air dan garam hingga lembut.Kemudian toskan.

2.Lumatkan keledek dan gaulkan dengan tepung.
3.Leperkan adunan keledek dan masukkan satu sudu kecil inti.

4.Uli menjadi bebola kecil dan golekkan di atas bijan.

5.Goreng dengan api sederhana hingga warna bijan menjadi kuning keemasan.

6.Angkat dan hidangkan..


Selalunya apabila ke gerai kuih saya akan mencari kuih ini tetapi apabila balik ke rumah rupa-rupanya ini bukanlah kuih yang saya kehendaki. Saya tersalah membeli kuih bom iaitu terbeli  kuih bom tepung pulut.

Saya tidak pernah membuat kuih ini kerana saya tidak suka akan struktur kuih ini yang agak liat kerana bahan asasnya adalah tepung pulut. Apa-apa pun kepada sesiapa yang teringin hendak mencubanya bolehlah layan resepinya:


Kuih Bom Tepung Pulut

Bahan untuk doh:
  • 2 cawan tepung pulut
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • Sedikit garam
  • Air-secukupnya
  • Bijan secukupnya-untuk salut 
Cara membuat doh:

  1. Satukan tepung pulut,tepung gandum dan garam.
  2. Bancuh dengan air hingga menjadi doh.
    Inti kacang hijau
    • 250gm kacang hijau - di rendam
    • 1/2 cawan gula merah/gula melaka di racik halus
    • 1 cawan gula pasir-boleh tambah/kurangkan
    • 1/2 cawan kelapa parut muda
    • 2-3 sudu tepung gandum
    • Air-secukupnya
    Cara-cara :
    1. Masak kacang hijau bersama air hingga kembang, biarkan sehingga airnya hampir kering, masukkan kelapa, gula melaka dan gula, kacau rata dan biarkan hingga kering.
    2. Tabur tepung gandum dan kacau rata.
    3. Angkat dan sejukkan.
    4. Bila sudah sejuk kepal inti bulat2.
    Cara membuat kuih bom:
    1. Leperkan adunan doh dan masukkan inti kacang hijau yang telah di kepal bulat2 tadi.Tabur/salut bijan.
    2. Panaskan minyak dan bolehlah di goreng dengan api yang sederhana hingga keemasan.Angkat dan hidangkan.


    gambar hasil google ..tq

    Kuih bom tepung pulut ini selalunya menggunakan inti kacang hijau dan juga inti kelapa manis.

    Selamat mencuba...

    Thursday, October 3, 2013

    Anak kena sawan - part 2

    Setiap kali anak saya demam terutamanya waktu malam saya tidak dapat tidur lena, trauma mengenangkan saat-saat melihat bibir anak yang kebiruan..... Saya akan sentiasa memeriksa suhu badannya menggunakan termometer digital.

    Kadang-kadang seringkali juga saya menyalahkan diri ini apabila anak terkena sawan, apatah lagi apabila nurse  di hospital KPJ itu bertanyakan pelbagai soalan mengenai sejarah kelahiran Razy.

    Bersalin normal @ ceaser, 
    Lahir minggu ke berapa
    Lahir berat berapa
    Ada apa-apa kompilasi sewaktu lahir
    Breast feeding berapa lama???

    Soalan yang terakhir itu menyebabkan saya benar-benar rasa bersalah. Saya menyusukan Razy hanya seketika sahaja... mungkinkah dia terkena sawan kerana kekurangan antibodi dalam badannya ( kurang penyusuan susu ibu).

    Sebulan yang lepas Razy demam, saya bawa dia berjumpa doktor .. Dr Tan di klinik Medivron Tmn Pinggiran USJ.

    Kata doktor:
    - jika anak pernah kena sawan kebarangkalian dia terkena sawan adalah tinggi. (First time anak saya kena sawan sewaktu umurnya setahun lebih)

    - selalunya sawan akan hilang apabila umurnya 6 tahun

    - selalu pastikan anak di lap badannya, kepalanya sentiasa dibasahkan dan pakaikan singlet dan dibiarkan kipas terpasang (kata doktor penggunaan cool fever tidak memberi apa2 kesan, so tidak perlu digunakan)

    - selalu check suhu badan anak, jika mencapai 38 Cel bolehlah di masukkan ubat di bontotnya. (saya sudah pakar juga dlm memasukkan ubat ini, sebelum ini saya takutttt sangat utk melakukannya)


    Doktor itu bercerita lagi, anak perempuannya pun pernah terkena sawan dan dia merasa begitu fobia setiap kali anaknya demam. Saya bertanyakan kepada doktor apa sebab utama sawan.
    Jawapnya tiada penyebab.

    Apabila saya tahu anak doktor itu juga pernah mengalami sawan saya terus berkata-kata di dalam hati ..... anak doktor pun boleh terkena, jadi bukanlah salah saya..... (sebenarnya saya benar-benar terus diburu rasa bersalah sebelum ini)...maka saya katakan kepada diri ini. "Tiada sesiapa yang bersalah, jadi setiap kali Razy demam saya kena pastikan suhunya dalam keadaan yang tidak merbahaya. dan saya harus pastikan dia sentiasa sihat bagi mengelakkan dia demam."






    Monday, September 30, 2013

    Pulut Oh Pulut

    Pagi ini saya bersarapan dengan pulut tanak berserta dengan sambal bilis dan ikan masin bulu ayam, minum pula dengan kopi panas di pagi yang mendung seolah-olah menunggu saat hujan akan membasahi bumi.


    Terus-terang saya mengaku selama ini saya gagal mendapatkan pulut tanak yang ideal, selalunya pulut akan lembik dan adakalanya mentah. Sukatan air yang saya gunakan sebelum ini adalah menggunakan ruas di jari seperti menanak nasi. Barulah saya tahu sukatan yang sebenar.

    1 cawan pulut = 1 cawan air

    Kalau saya tahu begini senangnya memasak pulut, setiap hari bolehlah makan pulut. Ha..ha..ha... oranglain sudah sampai ke bulan saya baru hendak naik roket!!!

    Pulut kukus? Saya belum pernah mencubanya lagi, rasa tidak berbaloi untuk mengukus pulut bagi dua dewasa dan dua kanak2 sahaja yang makan. Insya-allah saya akan cuba membuat pulut kukus pula......

    Pulut durian? Ada dua versi, style sebelah utara lain cara masakannya dibandingkan dengan negeri-negeri lain. Jika di kampung saya di Kuala kangsar, pulut durian yang selalu kami makan adalah dengan cara mengukus atau buat pulut tanak sahaja. 

    Resepi : Pulut Durian Kuala Kangsor

    Pulut (dikukus atau di tanak)
    Santan (jika terlalu pekat akan merasa mual pula) di campurkan dengan sedikit garam (diperah dengan menggunakan air masak)
    Beberapa ulas durian

    Cara makan: Letakkan pulut di dalam pinggan, tambahkan sedikit santan dan ambil durian tadi dan ngap!!!

    gambar dari google...tq

    Suami saya, orang Kelantan tidak biasa makan sebegini so dia tidak berapa suka. Saya??? Hantu durian!!!

    Versi yang ke dua ini yang selalu di buat oleh masyarakat di negeri-negeri lain.

    Resepi: Pulut Durian

    Pulut (dikukus ataupun ditanak)

    Untuk kuah durian:

    Santan secukupnya
    Beberapa ulas durian
    Air sedikit
    Garam dan gula (hendak gunakan gula kabung pun boleh)

    Cara-caranya:

    masukkan bahan-bahan tersebut ke dalam periuk dan masak menggunakan api sederhana sambil di kacau selalu (untuk mengelakkan terbit minyak). Cara makan ialah dengan meletakkan pulut di dalam mangkuk dan curahkan kuah tersebut.

    gambar dari google...tq


    Serawa durian? sama sahaja dengan resepi di atas cuma panggilannya sahaja yang berbeza. Kuah durian ini juga sedap dicecah dengan roti putih...

    Ramai yang mengatakan makan pulut akan menyebabkan angin dalam badan yang menyebabkan kita lemah dan lemau. Apa-apa makanan yang kita ambil perlulah bersederhana, setiap makanan ciptaan Tuhan membawa kebaikan kepada hamba-hambanya. Janganlah menyalahkan sesuatu masakan itu....

    Saya share juga khasiat pulut dan segala nutrition yang terkandung di dalamnya.

    Pulut Putih
    pulut putih

    beras pulut putih
    padi pulut putih
    Pulut adalah beras yang ditanak dari beras pulut. Beras pulut adalah dari padi pulut. Padi pulut, nama saintifik Oryza sativa var. glutinosa atau Oryza glutinosa, adalah dari kalangan keluarga padi “Poaceae”. Padi pulut, secara amnya, terdiri dari 2 jenis; padi putih dan padi ungu atau kehitaman. Artikel ini berkenaan beras pulut, dan pulut putih!

    Beras pulut putih menyerupai beras padi biasa. Beras pulut berwarna putih tidak berkilat, manakala beras padi biasa agak jernih. Apabila di tanak atau di kukus, pulut berubah warnanya menjadi lebih jernih dan sangat melekit berbanding dengan beras biasa. Sebaliknya beras biasa apabila di tanak, menjadi putih tidak berkilat dan tidak melekit. 



    Pulut putih melekit kerana mengandungi 2 jenis bahan kanji yang tinggi; iaitu “amylase” dan “amylopectin.” Kandungan amylase amat sedikit, tetapi kandungan amylopectin pula amat tinggi. Amylopectin ini yang menyebabkan pulut putih bersifat melekit. Apabila amylopectin terdedah kepada wap bersuhu panas, struktur beras pulut putih berubah menjadi melekit. Apabila di tanak dalam air, beras pulut menjadi lembek dan kenyal.

    Pada keseluruhannya, pulut putih tidak begitu banyak kandungan zat jika dibandingkan dengan nasi putih biasa, cuma sedikit kelebihan pada kandungan protein, serat dan zinc. 

    Pulut putih menjadi bahan makanan yang sangat sinonim dengan masyarakat rumpun Melayu di rantau nusantara dan kepulauan Filipina, juga pada masyarakat di seluruh Asia Tenggara seperti Thailand, Kemboja, Myanmar, Laos, Vietnam. Juga sangat popular di tanah besar China, Jepun dan Korea.

    Pulut putih selalu disajikan sebagai makanan sampingan, bukan sebagai makanan ruji seperti nasi dari beras biasa. Pengolahan pulut putih pelbagai; ditanak, dikukus, diragikan, dan di buat kuih-muih. Pulut putih boleh di buat pulut kuning disajikan bersama gulai telur, lemang dan ketupat disajikan dengan rendang daging, pulut putih disajikan bersama durian dan santan atau dengan buah mangga, pulut udang, pulut panggang, pulut bakar, pulut inti, pulut lepa, pulut manis di gaul kelapa parut, kuih serimuka, serikaya, tapai pulut, dan berbagai lagi kreativiti masyarakat yang berbeda tempat.

    Kandungan Nutrien Dalam Pulut Putih
    Analisa kandungan nutrien ke atas pulut putih ini bersumber dari Food.com yang menggunakan data yang dikeluarkan oleh "USDA nutritional information database." 

    Pulut putih mengandungi sedikit kandungan nutrient; tidak kaya dengan serat, vitamin dan zat galian. 

    Karbohidrat. Karbohidrat adalah sumber tenaga untuk tubuh. Karbohidrat adalah sumber kalori yang terbanyak terdapat di dalam pulut putih; 88-90 % kalori dari karbohidrat, sedikit dari serat, dan tiada dari gula. 

    Protein dan Lemak. Protein dan lemak baik untuk kesihatan. Protein dihasilkan dari rangkaian asid amino. Protein yang sempurna mengandungi 9 jenis asid amino. Pulut putih mengandungi kesemua 9 jenis asid amino yang membina protein. Protein adalah perlu untuk memperbaiki tisu-tisu, mengutuhkan otot-otot, menghasil sel-sel baru, dan mempertingkat dayatahan tubuh dari jangkitan dan penyakit. 

    Lemak juga membekal tubuh dengan tenaga, dan membantu tubuh menyerap vitamin-vitamin dan zat galian yang terserap lemak. 

    Akan tetapi, pulut putih sangat rendah kandungan protein dan lemak. Sebab itu, memasak pulut putih bersama dengan mentega atau minyak, akan menambahkan lemak dan kalori di dalam pulut tersebut. Dan memakan pulut putih disertai dengan makanan lain yang berdaging atau bahan makanan laut, sepertimana sushi, dapat mengimbangi kekurangan protein di dalam pulut putih. 

    Vitamin. Pulut putih mengandungi, meskipun sedikit, vitamin B1, B2, B3, B5 dan B6, vitamin terserap air dari kumpulan B-Kompleks. Kelima-lima jenis vitamin ini disarankan oleh "the Food and Nutrition Board of the Institute of Medicine (IOM), USA" agar setiap orang dewasa mendapatkannya setiap hari. Vitamin-vitamin ini berperanan penting menyihatkan kulit dan penglihatan, menghasilkan hormon dan sel-sel darah merah, dan amat berguna pada sistem saraf pusat dan fungsi metabolisma tubuh.

    Zat Galian/Gizi. Pulut putih juga mengandungi, meskipun sedikit, selenium, zinc, magnesium dan phosphorus, dimana setiap orang dewasa perlu mendapatkannya setiap hari. Keempat-empat zat gizi ini membantu fungsi-fungsi otot, saraf, kelenjir thyroid dan sistem kekebalan tubuh, tindak-balas penyempurnaan (synthesis) protein dan DNA, kesembuhan luka, pembentukan dan percambahan sel-sel, penyimpanan tenaga, pengendalian denyut nadi dan tekanan darah, kesihatan tulang dan gigi, dan pembekalan oxygen kepada sel-sel darah merah. Demikian menurut "the National Institutes of Heath Office of Dietary Supplements and the Linus Pauling Institute at Oregon State University."

    Kandungan potassium, phosphorous, magnesium dan selenium agak melebihi dari zat galian yang lain. Di samping itu, pulut putih juga mengandungi beberapa jenis zat gizi lain yang penting untuk berbagai fungsi tubuh. 

    Kesan Sampingan Dari Pulut Putih 

    Secara amnya, pulut putih menyihatkan tubuh. Kandungan lemaknya amat rendah. Akan tetapi, ia tidak memiliki nilai-nilai zat makanan sebanyak yang dimiliki oleh beras putih atau beras perang biasa. 

    Pulut putih tidak mengandungi kolesterol yang boleh membahayakan pengaliran darah dan risiko serangan jantung. 

    Pulut Putih Mempunyai GI Tinggi. Meskipun pulut putih sangat melekit, akan tetapi ia tidak melekat dan bertompok pada dinding-dinding usus. Pulut putih di cerna sebagaimana nasi. Dengan demikian, pulut putih tidak membahayakan kesihatan dan fungsi usus. Akan tetapi, pulut putih sangat kurang kanji “amylase”. Kekurangan kanji amylase menjadikan pulut putih mudah di cerna dalam masa yang singkat. Akibatnya, kandungan gula di dalam darah akan meningkat dengan cepat. Ini bererti pulut putih di anggap sebagai makanan yang mempunyai GI yang tinggi. (GI atau “glycaemic index” ialah ukuran secepat mana gula yang terkandung di dalam sesuatu makanan dapat di cerna dan di serap oleh usus memasuki ke dalam aliran darah. Makanan yang GI tinggi, bererti gula lebih segera di serap memasuki aliran darah). 

    Sebagai makanan yang mempunyai GI yang tinggi, pulut putih tidak begitu baik untuk Pesakit Kencing Manis. Pesakit Kencing Manis dinasihatkan tidak banyak memakan kuih-muih atau bahan makanan yang  berasaskan pulut putih, kerana dikhuatiri kandungan gula dalam darah akan meningkat secara mendadak, dan ini akan menyebabkan komplikasi pada sistem pengaliran darah di dalam tubuh. 

    Pulut Ubat Tidur Semulajadi/Alami. Kenapa tubuh menjadi lemah, rasa mengantuk, apabila memakan bahan makanan dari Pulut Putih? 

    Bagi orang yang mengidap keresahan, kebingungan memikirkan perihal kehidupan, atau yang sukar untuk tidur kerana terlalu memikirkan berbagai masalah dunia dan pancaroba, memakan bahan makanan yang mempunyai GI tinggi dapat membantu seseorang itu mudah terlelap tidur dengan lebih cepat. Kajian sains menunjukkan bahawa bahan kanji yang terdapat di dalam pulut putih bertindak meransang 2 jenis kimia pada otak (“tryptophan” dan “serotonin”). Kesan dari peningkatan ransangan kepada kimia tryptophan dan serotoni  ini, menjadikan seseorang itu merasa lebih damai/tenang dan sangat terdorong untuk berbaring-baring, seterusnya terlelap tidur. Pulut putih mungkin dapat membantu seseorang yang sedang derita kerana sukar untuk tidur. Oleh yang demikian, pulut putih adalah ubat tidur semulajadi/alami yang tidak memudharatkan kesihatan tubuh!!!


    *Sekian dahulu, moga informasi ini bermanfaat untuk anda!!!