Thursday, April 12, 2012

Spagethi Ladna : bila anak tak mau nasi


Selera anak2 berubah-ubah ... depa pun dah pandai memilih... so hari ni semua tak nak nasi.. terpaksalah umi fikir apa nak masak nie? Jenguk dalam almari ... dah nampak spagethi.. nak buat spagethi bolognaise , bahan2 daging dan tomato puri takde plak. So umi cuba spagethi ladna je le ..

bahan utama : spagethi (apa2 jenama pun ok), hirisan ayam dan sotong atau udang.
Sayur terpulang : carot, bunga kobis, sawi

Bahan sos : sos tiram, lada sulah dan telur
Mula2 kena celurkan spagethi . Petuanya : tambah minyak masak (utk elak spagethi bergumpal) dan sedikit garam. Dalam kuali pula... panaskan minyak dan tumis bawang putih. (yang diketuk)
Setelah berbau wangi tambahkan isi ayam dan sotong
Setelah ayam dah empuk tambahkan sayur-sayuran carot dan bunga kobis ...(sawi akhir sekali)
Setelah itu tambahkan air (bergantung sebanyak mana kuah yang dikehendaki).
Letak sos tiram , lada sulah dan garam sedikit.
Ni asistant chef yang sentiasa "sibuk" di dapur ... yang kekadang menyebabkan masakan uminya boleh terhangus... hehehhe
Bila dah hampir masak tambahkan larutan tepung (tepung jagung @ tepung gandum yang ditambah sedikit air)
Letakkan telur dan sawi. Jangan masak terlalu lama nanti sayur tak rangup... tak best lee... dah empuk boleh tutup api.
Spagethi yang sudah di rebus.
Sendukkan kuah tadi ke dalam pinggan dan sedap dimakan ketika panas.

Anak2 suka makan ... tapi bab sayur cuma makan seurat dua je ... ok le dari tak makan langsungkan ...
Spagethi jenis yang tidak mengembang macam mee dan tidak akan rasa muak . Apa kata kengkawan bolehlah mencuba...


Thursday, April 5, 2012

1st vacation 2012 - Kuantan (26 feb - 28feb)


Duta Village Beach Resort lagi... cam tahun lepas ke sini gak ... apa nak buat pergi pun coz guna as a member of Tanco Resort . Dari banyak2 resort tinggal le 4 buah je ... yg ni di kira ok le coz ada pool... yg lain2 tu tunjuk gambar kat online bukan main lg ...tapi hampeh. Sambil menyelam minum air.. otw ke kuantan balik kg hubby kat Jengka 3, ziarah Ayah dan famili abng ipar: Abg Dee.

Muka hepi coz janji ngan Razy mandi kat pool dan mandi laut


Yang si choki muka ngantuk beb..

Perjalanan dari jengka ke kuantan dalam 1 jam lebih dan singgah makan lunch kat rumah kakak ipar: kak nah di kuantan. Check in dalam kul 3 lebih ..... dah sampai!!! Yahoo

Last year dok kat hotel, kali ni try kat chalet plak
Chalet ni dekat dgn pool dan beach

Tu dah tak sabar nak mandi laut....

Pantai kat sini bersih cuma ombak agak kuat gak... dan pantainya beralun ( turun naik camtu le) so kalau air pasang tu yg agak berbahaya coz tak perasan tiba2 curam waktu mandi.. so kna hati2 sikit

Si kecik pun dah pandai main ombak...

Lepas main kat pantai anak2 ajak plak gi mandi kat pool..


Asyik mandi je bebudak nie ... ada waktu terluang je gi mandi...huhuhu

Hari ke 2: Terpandang gerai cendol ... yg menariknya di sponsor by DIGI... dasat le tuuuu

Gerai nampak kecik tapi siap ada TV LCD lagi ...sponsor by DIGI gak..

Order cendol ngan sedikit kuih muih ... not bad...

Sibuk tak sibuk ... tokey pun tak sempat nak posing... hehhe

Bandar kuantan dah habis pusing so menuju ke Bandar automotif : PEKAn...posing luar pagar istana pun ok le tuuu
Ingatkan nak gak tau sejarah ttg pahang nie, malangnya Muzium Abu Bakar under renovation

Dah penat jalan2 ...gi singgah Pekan Waterfront... pekena Rojak Ayam

Dah lama tak menjamah Rojak ayam nie... sedapnya

Malam plak after maghrib gi Tanjung Lumpur... pekena ikan bakar


After check out (hari ke 3) gi cari kuih muih tradisional kat jalan besar Sg Karang.. 3 hari berturut beli kat kedai makcik n ie...
Bederet kuih dan pelbagai jenis ... rambang mata, sedap2 plak tuuu...murah RM2 satu bekas

Feveret: bubur lambuknya yang sedap sgt ...terasa rempah ratus dgn ulam2 yg diletak skali dan lompat tikam

Nak cari kepok lekor? Yg sedap..x tau mana satu...so gamble je...
Alih2 dah siap order sampai RM 20 tup..tup sos tak provided ...GERAMMMM je... rasa nak pulangkan balik... kesian plak..tu nak suruh kita gi beli sos yang botol le tuu

Oleh kerana GERAMMM kita makan dulu...yesss
Mee calong ni antara makanan yang mesti cuba di Beserah nie... try makan sini coz hari tu tertengok rancangan Warung Kita, pengacara Farouk dia gi lepak sini... so kita cuba je le...

Mee calong biasa RM3... campur telor RM3.50... ni cam mee sup tetapi bahan utamanya adalah fishball, keropok ikan ... coz Beserah nie adalah perkampungan nelayan.
Utk rasa pedas ada diletakkan sambal di atas meja... jemput makan...

OTW balik KL tu ternampak plak kedai basikal... dah lama Razy request nak basikal so beli le ... punye le jauh membeli macam le kat KL takde... penuh tmpat duduk belakang... hehehe.... So kita nak bercuti ke mana lagi yea ...TUNGGU..

Thursday, March 22, 2012

HR Steak Houze: Steak lazat dan murah



Aktiviti: Birthday Syahmi Syairazy yang ke 3
Tempat : HR Steak House, Kampung Baru
Tema : Kuning & Hitam


Sempena birthaday Razy yg ke 3, saya buat makan2 di HR Steak House di Kampung Baru. Lokasinya selepas sahaja Masjid Jamek Kg baru, pusing kiri ( Di hadapannya Hospital swasta) dan beberapa meter ke depan dah jumpa restoran ni. Di hadapan resrtoran banyak pokok2 buluh menghijau. Cuma masalahnya di sini tempat parking. Memang ada parking berbayar disediakan : RM3 per entry.Ramai sangat orang so bagi yang tidak mahu bersesak tu datanglah waktu petang coz 5.30ptg restoran sudah pun beroperasi.


Inilah kek besday .... sambutan besday ni pun dibuat untuk cousin Razy skali Syazwan Nizam dan juga pakcunya Badrul Safuan.
Syazwan Nizam yang ensem tapi nakal.....

Anak umi : Razy yang cute dan nakal jugak

Setap tak sedap chicken chop di sini?? Lihatlah buktinya...

Kemeriahan cucu2 mak bila berkumpul... semuanya hero2
(opsss.... sorang takde le)



Suasana dalam restoran .....

Masing2 dah tak sabar nak ngap.....

Air buah yang sedap ... harganya cuma RM2.50 jeee...




Antara menu2 yang dipesan ..... paling mahal pun harganya RM15.oo

Biasalah berkumpul sekali sekala belanja makan ... pada saya harganya murah jika dibandingkan chicken chop di tempat lain ... pada yang belum pernah makan di sini apalagi jom try.... pasti tak mengecewakan...


Monday, March 19, 2012

Nasi Goreng Mentega

Nasi Goreng Mentega

Pening jugak nak fikir apa menu yang boleh memancing selera anak-anak. Kebetulan semalam ada lebih nasi .... apa kata kita buat je Nasi goreng mentega.

Bahan-bahannya :
bawang putih 2 ulas (diketuk)
cili padi 5,6 batang (diketuk juga... supaya ada pedas2 manja je)
sedikit ikan bilis lembut
isi ayam
mix vegetables
mentega (apa2 jenama pun ok)
telur sebiji
nasi putih 1 mangkuk
Cara-cara nak buat:
Panaskan mentega, selepas itu masukkan bawang putih serta cili padi

Bila agak garing, masukkan isi ayam dan ikan bilis...

Bila ayam dah empuk, tambahkan mix vege

Kenudian tambahkan telur sambil dikacau-kacau.
Tambahkan serbuk pati ayam(jika suka) garam dan nasi
Kacau-kacau hingga sebati dan bila dah masak bolehlah diangkat dan hidangkan.

Untuk anak-anak bolehlah disertakan sosej goreng.

Harap-harapnya anak-anak akan suka....