Showing posts with label Kaki makan ...jom try. Show all posts
Showing posts with label Kaki makan ...jom try. Show all posts

Thursday, March 22, 2012

HR Steak Houze: Steak lazat dan murah



Aktiviti: Birthday Syahmi Syairazy yang ke 3
Tempat : HR Steak House, Kampung Baru
Tema : Kuning & Hitam


Sempena birthaday Razy yg ke 3, saya buat makan2 di HR Steak House di Kampung Baru. Lokasinya selepas sahaja Masjid Jamek Kg baru, pusing kiri ( Di hadapannya Hospital swasta) dan beberapa meter ke depan dah jumpa restoran ni. Di hadapan resrtoran banyak pokok2 buluh menghijau. Cuma masalahnya di sini tempat parking. Memang ada parking berbayar disediakan : RM3 per entry.Ramai sangat orang so bagi yang tidak mahu bersesak tu datanglah waktu petang coz 5.30ptg restoran sudah pun beroperasi.


Inilah kek besday .... sambutan besday ni pun dibuat untuk cousin Razy skali Syazwan Nizam dan juga pakcunya Badrul Safuan.
Syazwan Nizam yang ensem tapi nakal.....

Anak umi : Razy yang cute dan nakal jugak

Setap tak sedap chicken chop di sini?? Lihatlah buktinya...

Kemeriahan cucu2 mak bila berkumpul... semuanya hero2
(opsss.... sorang takde le)



Suasana dalam restoran .....

Masing2 dah tak sabar nak ngap.....

Air buah yang sedap ... harganya cuma RM2.50 jeee...




Antara menu2 yang dipesan ..... paling mahal pun harganya RM15.oo

Biasalah berkumpul sekali sekala belanja makan ... pada saya harganya murah jika dibandingkan chicken chop di tempat lain ... pada yang belum pernah makan di sini apalagi jom try.... pasti tak mengecewakan...


Monday, March 5, 2012

Nostalgia Rojak ayam mee


Rojak ayam? Pernah makan tak? 1st time makan masa tu kat Kuantan ... tahun 1987 (dah lama betul...) tempat feveret masa tu kat Hentian bas Express ( sekarang ni tempat tu dah tutup, dekat ngan Kuantan waterfront).

Sedap rojak ayam nie, setiap kali outing (masa tu ada short course di kuantan) mesti pergi makan. Rojak ni cam rojak mamak jugak cuma kelainannya terletak pada "isi ayam goreng" yang disiat dan dicampurkan sekali. Terpulang pada pembeli hendak yang biasa ataupun ditambah dengan mee kuning. Ada tauhu, telur rebus, kentang, sayur taugeh dan dilimpahi dengan kuah kacang ..yummy...

Ketika ke Pekan baru2 ni (lepak2 kat kedai makan di Pekan waterfront) ternampak menu rojak ayam... apalagi order le... almaklumlah dah berpuluh tahun tak makan ..huhuhu... marvellous.



Sedap kan? Bagi kaki makan yang tak pernah try apalagi cubalah bila ke kuantan .... dan bagi warga kuantan mesti mereka lagi tahu di mana the best rojak ayamkan ... share2 le..


Sunday, March 4, 2012

Mee calong at Beserah, kuantan


kat malaysia ni macam2 menda boleh kita makan dan sesetengah makanan tu hanya ada di sesetengah tempat sahaja. untuk "kaki makan" tentu satu kerugian jika tidak mencuba ... ada sesetengah makanan itu bagi kita pelik tetapi tidak pada penduduk di sekitar situ ... jadi saya akan cuba menyelongkar mana2 makanan yang saya jumpa...ok







selama berkahwin dengan orang Kelantan yang dah bermastautin di Jengka dan selalu gak lalu lalang di Beserah tak pernah try makan mee calong dan baru2 ni tertengok dlm rancangan warung kita, farouk try mee calong nie.... nmpak sedapp. So bebaru ni ketika bercuti makan angin di kuantan so ambil peluang ini try makan mee calong ni di Beserah.

Mee ni macam mee sup dan selalunya penjual guna mee kering (mee lidi coz dia tak kembang) atau bihun dan ramuan fish ball, tauhu sumbat ikan ...homemade...dan sesetengah tempat diletakkan keropok keping di dalamnya. Beserah kan tepi laut, perkampungan nelayan jadi hasil ikan memang mewah.untuk yang suka pedas tambah dengan sambal pedas merah yang disediakan di atas meja.

harga reasonable RM3.00 satu mangkuk dan jika ditambah telur goreng separuh masak harganya RM3.50. Sedap... tetapi bagi penduduk kuantan mereka lagi arif tempat mana yang terbest kan... untuk "kaki makan" .. bertambah lagi collection ...ada kawan2 yang nak rekomen tempat mee calong yang sedap??? Boleh bagitau...Alhamdulillah dengan nikmat makan yang tuhan kurniakan kepada kita.