Untuk tahun 2013 saya mengambil kesempatan mengunjungi Gunung Lang sebuah tempat rekreasi di Ipoh. Kebetulan hari Sabtu dan Ahad minggu itu, 28 Dec dan 28 Dec, menghadiri kenduri perkahwinan sepupu di Manong, Kuala Kangsar. Pagi Isnin itu saya serta emak dan kakak dan adik-adik menuju ke tempat tersebut. My hubby terpaksa balik KL untuk bekerja...cuti tinggal sikit je.
SEbaik sampai mata terpesona melihat keindahan kawasan tersebut dengan adanya gunung serta tasik. Malangnya tidak banyak maklumat yang ditulis di situ berkenaan tempat tersebut, saya tertanya-tanya tasik ini semulajadi atau pun buatan manusia. Maka sudi-sudilah layari web ini utk info lanjut.
Ada bot disediakan untuk ke tasik tersebut. Tambang rm 3 dewasa, kanak-kanak dan warga emas rm 1.50.
Di tasik tersebut ada disediakan gazebo serta pondok dan rumah....amat sesuai untuk berkelah bersama keluarga.Kami cuma beli junk food dan makan-makan di situ. Jagung cup yg dijual di situ memang sedap....
Cuma saya tidak pasti dimanakah tandas, puas saya mencari tetapi tidak berjumpa (anak sakit perut hendak melabur...) mungkin pihak pengurusan perlu peka kepada kemudahan sebegini.
Di dalam tasik ada banyak ikan-ikan dan kura-kura yang kerjanya asyik makan!!! Tiada tarikan lain yang menarik... cuma ada kandang untuk burung unta dan rusa. Itu sahaja....
Penutup jalan-jalan tahun 2013...